Bagus Ke UPSR dan PT3 Dimansuhkan? Ini Pandangan Aku

by | Dec 6, 2024 | Sembang Santai, Tutorial & Umum | 0 comments

Bagus ke UPSR dan PT3 Dimansuhkan? Ini Pandangan Aku | Masa depan negara bergantung pada sistem pendidikan negara. Semakin berilmu rakyat negara tersebut, semakin maju dan makmur negara itu. Itu tidak dinafikan. Sekarang pun kita boleh lihat perbezaan yang amat ketara antara negara dimana rakyatnya menerima pendidikan yang sempurna dengan negara yang tidak menerima pendidikan dengan sempurna.

Alhamdulillah, Malaysia antara negara yang mana rakyatnya mendapat pendidikan yang sempurna dan itu benda yang patut kita bersyukur. Namun, beberapa tahun kebelakang ni, sistem pendidikan negara kita mula berubah arah yang mana pada pendapat peribadi aku ia akan membawa banyak masalah dari manfaatnya.

Sebelum aku huraikan dengan lebih lanjut, di sini aku ingin menafikan bahawa ini adalah pandangan aku saja yang tiada kaitan dengan mana-mana pihak atau cuba menghasut mana-mana pihak melalui pandangan ini. Aku tidak berpuas hati dengan perubahan ini kerana aku pun bakal menghantar anak aku kesekolah beberapa tahun lagi dan aku dah dapat agak apa yang berlaku jika aku tidak membuat persediaan mental dengan lebih awal.

Untuk info, UPSR telah dimansuhkan secara rasmi pada tahun 2021. Benda ni telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 28 April 2021. Manakala PT3 pula dimansuhkan pada tahun 2022 dengan pengumuman rasmi dibuat pada 2 Jun 2022 dan menteri KPM pada masa UPSR dan PT3 dimansuhkan adalah Radzi Jidin.

Kedua-dua peperiksaan ini telah digantikan dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) kononnya sistem ini lebih menyeronokkan pelajar untuk belajar di sekolah kerana ia lebih holistik katanya. Tapi sejauh mana keberkesanan dengan perubahan sistem ini dalam pembelajaran pelajar pada hari ini? Benda ni yang aku cuba nak kongsikan dalam artikel ni.

Dalam sistem pendidikan negara kita pada hari ini aku nampak ada dua benda perubahan yang ketara iaitu sistem kurikulum dari KBSR dan KBSM ditukar kepada KBAT serta pemansuhan peperiksaan rasmi UPSR dan PT3 (PMR).

Sebelum tu, mari kita lihat apa kebaikkan dan keburukkan jika UPSR dan PT3 dihapuskan.

upsr dan pt3

Kebaikkan dan Keburukkan Pemansuhan UPSR dan PT3

Setelah aku baca beberapa artikel dari sumber yang sahih, ini antara kebaikkan dan keburukkan pemansuhan UPSR dan PT3.

Kebaikkan

  1. Mengurangkan tekanan pelajar dalam belajar kerana pelajar tidak lagi perlu dibebani emosi untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan ditukarkan kepada pentaksiran berasaskan sekolah seperti Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Keburukkan

  1. Akan timbul isu ketidaksamarataan dalam pentaksiran sekolah kerana kemampuan seorang guru pelbagai tahap dalam penilaian dan fasiliti sekolah yang berbeza.
  2. Kekurangan sistem pemantauan konsisten bila tiada ujian besar atau standard untuk menilai pencapaian sebenar seorang pelajar.
  3. Pelajar akan kurang motivasi untuk belajar dan tidak push diri untuk cemerlang dalam pelajaran mereka bila tiada peperiksaan besar.
  4. Ibubapa akan mengalami kesukaran untuk menilai tahap akademik anak tanpa keputusan peperiksaan sebagai panduan.
  5. Tanpa peperiksaan besar seperti UPSR dan PT3 akan jadi lebih sukar untuk mengukur kemajuan akademik pelajar dari awal.

Jika kita lihat, keburukkan lebih banyak dari kebaikkan jika UPSR dan PT3 dimansuhkan. Namun, apa yang aku lihat kebaikkan tu pun sebenarnya keburukkan. Bila tiada push dalam diri pelajar, jadi pelajar akan belajar sambil lewa dan mereka pergi ke sekolah anggap tiada apa yang perlu dirisaukan kerana tiada apa yang perlu mereka kejarkan. Yang ada penilaian hanya Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) berdasarkan kurikulum KBAT.

Mengikut dari Fadhlina Sidek, iaitu Menteri Pendidikan Malaysia sewaktu artikel ni ditulis menegaskan bahawa alasan UPSR dan PT3 dihapuskan kerana untuk mengurangkan tekanan pelajar untuk belajar di sekolah.

upsr dan pt3

Aku heran dengan sorang menteri ni. UPSR dan PT3 dimansuhkan atas dasar murid tertekan tetapi SPM tetap diwujudkan.

Kenapa?

UPSR dan PT3 saja ke yang buat budak jadi tekanan? Ntah dari mana statistik murid tekanan hadapi exam UPSR dan PT3 tu. Kalau itu alasan UPSR dan PT3 dihapuskan, sila hapuskan juga SPM.

Itu ikut logik akal dengan alasan yang diberikan.

Jelas apa yang aku lihat keputusan untuk hapuskan UPSR dan PT3 ni adalah satu keputusan terburu-buru dan bercelaru dari seorang menteri. Maaf, walaupun kau seorang menteri, tak semua benda yang kau buat tu betul. Kau kena lihat juga apa reaksi orang ramai dan ibu ayah yang hantar anak mereka ke sekolah macam mana selepas sistem pendidikan diubah dan UPSR serta PT3 dihapuskan.

Makin ramai pelajar gagal hadir kesekolah.

Makin ramai pelajar tidak kuasai asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira sebab sistem pendidikan pun sudah diubah dari KBSR/KBSM kepada KBAT.

Kemudian mari kita lihat pula apa kebaikkan dan keburukkan penukaran sistem KBSR dan KBSM ni kepada KBAT.

Kebaikkan dan Keburukkan Penukaran Sistem KBSR dan KBSM kepada KBAT

Kebaikkan

  1. Membawa pendekatan holistik dalam pendidikan dengan fokus diberikan pada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang akan menilai pelajar secara menyeluruh termasuk akademik, sahsiah dan kokurikulum.
  2. Sistem ini mendorong pelajar berfikir secara kritis, berkomunikasi dengan baik, menyelesaikan masalah dan kerjasama yang releven untuk dunia pekerjaan.
  3. Memberi ruang guru untuk berkreativiti dalam mengajar tanpa terikat dengan silibus peperiksaan.
  4. Mendorong pelajar untuk belajar dengan menguasai dan memahami ilmu. Bukan sekadar hafal untuk peperiksaan.
  5. KBAT mendorong pelajar untuk terlibat secara aktif dalam pembelajaran dengan perbincangan, kajian kes dan aktiviti kreatif.
  6. Pelajar akan diasah memupuk keyakinan diri untuk mengemukakan idea.

Keburukkan

  1. Sistem KBAT mugkin akan memberikan bebanan kepada guru untuk merancang dan melaksanakan aktiviti KBAT.
  2. Sistem ini tidak sesuai untuk pelajar lemah dan mereka akan terus ketinggalan.
  3. Tidak semua pelajar sesuai dengan KBAT kerana masing-masing mempunyai sikap dan potensi yang berbeza.
  4. Aktiviti KBAT mungkin memerlukan sumber dan infrastruktur yang baik sebagai bahan pengajaran inovatif dan benda ni mungkin bermasalah bagi sekolah di luar bandar.
  5. Soalan KBAT dilihat tidak sesuai dengan tahap umur dan pemikiran. Jika kita lihat di ruangan komen di media sosial, ramai ibu bapa mengeluh soalan darjah 1 seperti soalan untuk pelajar tingkatan 3. Wahai menteri pelajaran, tolong tengok komen para ibu bapa. Kau nak jadi menteri kena laksanakan apa yang rakyat mahu. Bukan ikut hati perut kau ubah itu ini.
  6. Peralihan sistem KBSR dan KBSM kepada KBAT boleh menyebabkan gangguan kepada proses pembelajaran dan sebab itu jika kita lihat statistik makin ramai pelajar tidak boleh menguasai 3M.

Post di bawah ni aku tunjukkan seorang guru sekolah rendah yang komen mengenai isu pendidikan sekarang. Budak tidak pandai asas 3M sebab jelas sistem pendidikan kita berubah.

upsr dan pt3

Aku masih ingat lagi masa darjah 1 masih belajar ABC tetapi silibus sekarang budak darjah 1 sudah tiada ABC malah terus diberikan soalan KBAT yang banyak dapat reaksi negatif dari ibubapa.

Di sini aku copy keseluruhan post tersebut dan korang boleh nilai sendiri macam mana sistem pendidikan sekarang. Ni reaksi dari seorang guru sekolah rendah, bukan aku memandai reka sendiri.

Mari kita lihat apa komen cikgu sekolah rendah ni.

25-September 2024 – Cikgu Fadhli Salleh

Di mana silapnya? –

120,000 atau 27.5% murid Tahun 1 dikesan tak kuasai 3M. Angka ini merisaukan sebenarnya. Mudah kata, seorang dari empat anak-anak Tahun 1 tak kuasai 3M!

Di mana silapnya? Kalau tahun-tahun sebelum ni, boleh salahkan PdPr, PKP dan Covid 19. Tapi anak-anak usia 7 tahun yang ada hari ini jalani pembelajaran bersemuka tanpa ada PdPr dah pun.

Tapi kenapa masih ramai tak kuasai 3M?

Aku nampak 2 faktor utama.

1. Murid tercicir Prasekolah. KPM tak sediakan kelas Pra yang cukup. Contoh mudah, ada sekolah mempunyai 10 kelas tahun 1, tapi hanya sebuah kelas Prasekolah.

90% murid tercicir dari Prasekolah KPM sedangkan KPM mensasarkan anak-anak belajar mengenal huruf, nombor dan asas 3M semasa di pra. Di Tahun 1 dah tak diajar A, B, C kerana anggap murid dah pun belajar di Prasekolah.

Sedangkan ramai murid tercicir. Tak semua parents mampu nak hantar anak ke Tadika Swasta. Nak masuk Tabika Kemas, dah penuh. Maka memang ada yang langsung tak masuk pra. Terus melangkah masuk Tahun 1 dengan asas 3M zero.

Sebab tu aku berkali-kali tulis pasal benda ni. Dari 2017 lagi dah tulis, ‘KPM kena sediakan kelas Prasekolah selari dengan bilangan kelas Tahun 1’. Tapi tu lah. Mungkin mereka rasa pandangan aku tu tak perlu diambil serius dan isu remeh kot. Hari ini, dapat lihat kesannya pada anak-anak kita.

2. Silibus terlalu tinggi diluar aras murid. Murid yang perlahan cuba faham, tapi tak dapat. Terlalu KBAT, tinggi dan tak sesuai dengan aras mereka. Maka minat mereka makin luntur, mereka anggap belajar itu susah seterusnya ketinggalan.

Sekarang KPM kena buat Program Intervensi Tahun 1 selama 3 bulan. Khusus untuk pulihkan murid-murid ini.

KPM arahkan murid-murid ini diasingkan kelas agar tumpuan penuh dapat diberi untuk pulihkan mereka. See. Dulu bukan main tak nak bagi sekolah buat pengasingan kelas. Suruh campur aduk semua aras murid dan minta guru buat pembelajaran terbeza.

Kali ini mereka terpaksa u turn, terpaksa buat pengasingan kelas kerana kelas yang diasingkan mengikut aras murid terbukti lebih mudah diajar, murid lebih cepat faham dan PdP berlangsung dengan lebih efektif.

Dah berbuih mulut cakap benda ni sejak bertahun-tahun dulu. Tapi ‘babel’ dan ego. Kelas tanpa ‘streaming’ adalah satu lagi eksperimen KPM yang gagal. Yang jadi mangsa, anak-anak kita.

Aku setuju apa yang dihuraikan oleh cikgu tersebut. Perubahan kurikulum KBSR/KBSM kepada KBAT banyak membawa masalah kepada sistem pendidikan hari ini. Nak jelas lagi, boleh tengok komen ibu bapa yang mempunyai anak sekolah rendah.

Sebagai perbandingan, mari kita lihat apa kebaikkan KBSR dan KBSM dalam pendidikan.

Kebaikan KBSR dan KBSM

  1. Mudah difahami oleh guru dan pelajar untuk mengajar dan belajar.
  2. Sistem ini akan lebih memberikan tumpuan dalam asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang mana ia lebih sesuai untuk pelajar sekolah rendah. Kemahiran asas 3M di sekolah sekarang ini begitu membimbangkan.
  3. Soalan lebih berorientasikan fakta dan hafalan yang lebih sesuai untuk mengukur tahap akademik pelajar.

Sebenarnya aku agak kecewa dengan perubahan sistem pendidikan negara kita sekarang ni kerana walaupun ia ada kebaikkan tapi kebaikkan itu aku lihat tidak dapat mengatasi keburukkan yang ada dengan sistem pendidikan sekarang.

Jika kita lihat statsitik, dengan sistem sekarang penguasaan pelajar terhadap asas 3M semakin membimbangkan. Tidak seperti semasa sistem KBSR dan KBSM diwujudkan di mana asas 3M majoriti dikuasai oleh pelajar.

Ibubapa pun ramai meluahkan ketidak puasan hati mereka bilamana anak mereka makin tidak bersemangat untuk belajar kerana soalan-soalan yang diajukan tidak sesuai dengan tahap pemikiran anak mereka.

Jika kita perasan, sistem pendidikan kita slow-slow berubah dan ikut sistem pembelajaran Finland di mana sistem pendidikan mereka tidak berasaskan hafal dan jawab soalan peperiksaan tetapi lebih kepada pembelajaran secara aktiviti dan penilai dibuat secara pencapaian individu. Mereka hanya ada 1 sahaja peperiksaan wajib iaitu pada umur 16 tahun.

Kesimpulan

Bagi aku sistem pendidikan sekarang agak memeningkan. Sepatutnya kekalkan apa yang ada dan hanya buat penambah baikkan yang sedia ada. Bukan buat perubahan besar besaran terhadap sistem pendidikan negara. Memang benar Malaysia nak ikut sistem pendidikan di Finland kerana sistem pendidikan mereka antara terbaik di dunia tapi kita kena ingat walaupun sistem tersebut terbaik di Finland tak semestinya bila kita ikut di Malaysia akan jadi terbaik untuk kita. Budaya, sikap, cuaca, pemakanan dan beberapa faktor lain menjadi peranan.

Harapan, moga menteri pendidikan lihat dan kaji balik. Lihat komen ibu ayah yang anak mereka sedang belajar sekarang dan guru sekolah rendah yang hadapi pelbagai masalah dalam sistem pendidikan sekarang. Jangan sombong untuk u turn jika itu yang terbaik untuk rakyat.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter.

Faiz Alias

Faiz Alias

Lifestyle Blogger

Seorang blogger yang suka menulis dan berkongsi cerita, idea, dan ilmu. Menulis bagi saya adalah satu cara untuk meluahkan perasaan, mencipta inspirasi, dan menyampaikan mesej kepada dunia.

Blog ini bermula sebagai ruang peribadi, tetapi kini menjadi platform untuk saya berkongsi pelbagai topik yang dekat di hati saya. Saya percaya bahawa perkongsian ilmu dan pengalaman boleh memberi manfaat kepada orang lain, tidak kira sekecil mana pun.

About Me

Selamat Datang ke Blogfaiz.com

Minat dalam dunia bisnes, blogging dan juga travel. Kerja sampingan adalah webdesigner. Jika sesiapa nak buat website boleh layari FAstudio.my. Follow media sosial di bawah untuk perkongsian yang lebih menarik.

Kategori

Newsletter

|

Sponsored

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *